Purple Girl ^^,


Nur Ayuni Bt Mohd Azlan
sweet 16
22/12/1998
Perak,Malaysia
single mingle


BonGGoL uNtA..!!
Tuesday, May 10, 2011 | 5/10/2011 | 3 Comments

Sangat gembira apabila cikgu disiplin di sekolah aku
dah tak membenarkan lagi memakai tudung tapi bersanggul-sanggul...
Seriously aku sangat tak suka memandang orang yang memakai tudung ni bersanggul..


Seperti di atas..
Ini memang trend orang sekarang..

Dimana-mana boleh dilihat..




 Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).



Kenapa tidak boleh..??



Sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. 



Kalau rambut panjang..??



Pastikan rambut yang hendak diikat berada pada paras paling bawah. Gunakan getah rambut yg kecil. Getah rambut yang besar kemungkinan akan menampakn bonggol apabila memakai tudung nanti.Jangan gunakan penyepit rambut,ini akn menyebabkan bonggol besar nampak.Jangan ikat rambut pada paras yang tinggi kerana akan menyebabkan sanggul tinggi itu akan terbentuk. 


p/s:ada yang memakai tudung tapi ada kekurangannya..


Bertudung Tapi Bertelanjang...

Ini untuk peringatan diri sendiri yang selalu alpa..
juga kawan-kawan saya yang kadang2 tersilap..
dan juga untuk orang yang membaca entry ini..

Moga Allah sentiasa memberi kita peluang untuk menjadi yang lebih baik..
dan diberi hidayah untuk membetulkan diri..





Older Post | Newer Post


Copyright All Right Reserved | Blogskin by sigadespurple